Ajal dalam bilik hotel, suami orang maut selepas hubungan intim dengan teman wanita

Ajal dalam bilik hotel, suami orang maut selepas hubungan intim dengan teman wanita

Seorang lelaki meninggal dunia di sebuah bilik hotel. -gambar hiasan
SEORANG lelaki berusia 60 tahun meninggal dunia selepas melakukan hubungan intim di sebuah bilik hotel.

Kejadian berlaku di Pinrang di Sulawesi, Indonesia.

Polis Parepare, AKP Deki Marizald berkata, mangsa mendaftar masuk ke sebuah bilik hotel bersama seorang wanita berusia 60 tahun selepas makan tengah hari.

Jelasnya, menurut keterangan teman wanita, empat jam kemudian mangsa masuk ke bilik mandi.

Mangsa tiba-tiba mengadu berasa tidak sihat sebelum rebah di dalam bilik mandi.

“Setelah melakukan aktiviti seperti suami isteri, wanita itu mengaku mangsa mengadu sesak nafas dan kemudian pengsan di bilik mandi.

“Dia kemudian melaporkan mengenai perkara itu kepada petugas hotel,” kata Deki.

Menurut Deki, hasil pemeriksaan di hospital mendapati tiada tanda-tanda kekerasan.

“Keluarga mangsa iaitu isteri dan anak mangsa menolak untuk dilakukan bedah siasat,” kata Deki. – Kompas

Sumber:mStar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*