
Dipercayai Terlanggar Gumpalan Tar, Penunggang Basikal Maut Dilanggar Sebelum Terporosok Bawah Bas
Seorang penunggang basikal dilaporkan maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas di Kilometer 20 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, Ijok, semalam.
Memetik laporan Utusan Malaysia, mangsa yang berusia 36 tahun itu sedang dalam perjalanan menyertai konvoi sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam pada jam 9.43 pagi.
Menurutnya, mangsa telah melanggar gumpalan tar di kiri jalan tersebut.
“Ia kemudian menyebabkan basikal ditunggangnya terbabas dan terjatuh di kanan laluan berkenaan. Pada waktu itu, sebuah bas cuba mengelak dengan menekan brek namun gagal dan berlaku perlanggaran dengan mangsa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Ujarnya, mangsa telah disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Sungai Buloh pada pukul 11.12 pagi.
Sementara itu, pemandu bas yang berusia 51 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam pada itu, Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis pula berkata behawa pemeriksaan mendapati penunggang basikal itu terperosok di bawah bas dan turut cedera parah.
“Anggota bomba kemudian mengeluarkan mangsa dan menyerahkan kepada pasukan perubatan bagi tindakan lanjut,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply