
[VIDEO] Kepala Pelajar Penuh Kutu, Guru Terpaksa Tolong Potong Rambut & Buang Kutu
Seorang guru di Indonesia viral di media sosial apabila memuat naik video memaparkan dirinya sedang memotong rambut serta membersihkan kepala pelajarnya yang dipenuhi dengan kutu.
Kepala penuh kutu
Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh Zera Az Zahra di TikTok, dia membawa seorang pelajar perempuan ke luar kelas dan meminta untuk duduk sambil rambutnya digunting sedikit demi sedikit.
Guru bukan hanya mengajar anak didiknya tapi menjaga kesihatan dan kebersihan pelajarnya juga.
Namun, apa yang membuatkan netizen turut menggarukan kepala adalah rambut pelajar itu dipenuhi kutu. Dia juga meminta seorang guru lain membantunya untuk menyikat rambut kanak-kanak berkenaan.
Apabila ditanya sama ada si ibu tahu atau tidak bahawa rambutnya dipenuhi kutu, dia mengatakan ibunya tahu namun terlampau sibuk bekerja.
Tahu cikgu tapi ibu selalu sibuk bekerja.
Difahamkan, pelajar terbabit memakai tudung setiap hari di sekolah sehingga menyebabkan rambutnya menjadi lembap dan kutu semakin membiak.
Di dalam video berkenaan turut kelihatan banyak kutu di atas alas yang dihamparkan malah ada yang masih hidup apabila disikatkan. Ujarnya, ia merupakan kali pertama dia mengendalikan pelajar yang mempunyai banyak kutu.
Sempat berkunjung ke rumah pelajar
Sumber : zeraazzahra, Wolipop
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply