Ustaz Ebit Liew Minta D0a Agar Dipermudahkan Misl B4ntu M4ngsa Ribut

Ustaz Ebit Liew Minta D0a Agar Dipermudahkan Misl B4ntu M4ngsa Ribut

PETALING JAYA- Pendakwah terkenal, Ebit Lew memohon kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mendoakan misinya membantu mangsa ribut dan puting beliung yang membadai Ipoh, Perak semalam.

Menerusi hantaran di laman Facebook miliknya tadi, Ebit turut memaklumkan sedang dalam perjalanan ke kawasan tersebut bagi misi bantuan itu.

“Doakan ya nak ke Ipoh, kawasan yang ditimpa ribut dan puting beliung semalam,” tulisnya ringkas.

Dalam kejadian berlaku di Taman Tasek Damai dan Kampung Tawas, beberapa rumah dilaporkan rosak teruk dalam satu kejadian ribut lewat petang semalam.

Terdahulu tular di media sosial berkenaan kejadian ribut dan pokok tumbang di beberapa kawasan di Bandaraya Ipoh terutama di Kampung Tawas.

Salah satu video berdurasi sembilan saat memaparkan kejadian puting beliung sehingga menerbangkan beberapa kepingan atap dari premis berdekatan Kampung Tawas.

Lebih menyedihkan, mangsa yang terlibat juga merupakan mereka yang berbangsa Cina di mana bakal meraikan sambutan Tahun Baharu Cina pada esok hari.

Sementara itu, orang ramai terus menitipkan doa kepada Ebit dengan mendoakan segala urusan beliau membantu mangsa terlibat dipermudahkan.

“Semoga dipermudahkan segala urusan, Amin,” doa Kamariah Karim.

“Ustaz antara yang terawal memberikan bantuan, semoga dipermudahkan. Terima kasih kerana sentiasa ada bersama rakyat Malaysia,” kata Mila Mila Mili.

“Alhamdulillah cepat dan tangkas memberi bantuan. Apa saja masalah dihadapi pasti datang menolong. Semoga ustaz dan pasukan dilindungi Allah dan selamat menjalankan pertolongan pada yg memerlukan,” jelas Noraini Mat. -K! ONLINE

Sumber;BH

Mangsa ribut, puting beliung terima bantuan tunai RM1,300

IPOH: Mangsa kejadian ribut dan puting beliung yang mengalami kerosakan rumah akibat bencana petang semalam akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,300.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata setakat ini sebanyak 219 rumah di beberapa kawasan iaitu Taman Desa Seri Chepor, Kampung Tawas, Taman Tasek Damai dan Kampung Seri Klebang Tambahan Jaya di sini didapati terkesan dengan kejadian ribut yang berlaku pada kira-kira 6 petang, semalam.

“Kerajaan negeri akan memberi wang ehsan sebanyak RM300 di setiap rumah terlebih dahulu pada hari ini dan kontraktor yang efisien juga akan dilantik segera untuk membaiki rumah mereka kerana atap rumah yang diterbangkan angin perlu diganti segera bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk sekiranya hujan.

“Ia perlu diselesaikan secepat mungkin kerana dibimbangi jika hujan, maka air hujan membuatkan kerosakan lebih teruk dalam kawasan rumah jadi kita sedang sedaya upaya selesaikan masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika melakukan lawatan ke kawasan terjejas yang turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Mastura Mohd Yazid dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Mohd Zolkafly Harun.

Saarani berkata bantuan Wang Ihsan NADMA daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM1,000 akan turut diberikan kepada mangsa dalam masa terdekat.

Sementara itu, Mastura berkata pihaknya sedang menunggu senarai mangsa dan kediaman yang terbabit daripada Pejabat Daerah Kinta untuk menyalurkan bantuan Wang Ihsan NADMA dengan segera.

“Pada hari ini, NADMA juga menyampaikan kotak makanan kepada penduduk yang memerlukan bagi mengurangkan bebanan mereka,” katanya.

Kejadian pada kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan beberapa insiden pokok tumbang dan kerosakan rumah penduduk serta tiang elektrik namun, tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan.

Dalam pada itu, Mohd Zolkafly berkata pemotongan bekalan elektrik telah dilaksanakan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memastikan keselamatan orang ramai dan mengelak perkara yang tidak diingini berikutan tiang elektrik tumbang serta kabel elektrik yang berselirat.

“Bekalan elektrik akan disambung semula di kawasan perumahan dan kampung yang terbabit apabila kerja baik pulih selesai dijalankan dan penduduk diharap dapat bersabar,” katanya. – BERNAMA

Keadaan rumah mangsa yang rosak teruk dalam kejadian ribut yang berlaku di Sekitar Kampung Tawas pada lewat petang semalam ketika tinjauan. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak, jumlah bilangan rumah penduduk yang terjejas melebihi 300 buah rumah di beberapa lokasi sekitar Ipoh.

Keadaan rumah mangsa yang rosak teruk dalam kejadian ribut yang berlaku di Sekitar Kampung Tawas pada lewat petang semalam ketika tinjauan. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak, jumlah bilangan rumah penduduk yang terjejas melebihi 300 buah rumah di beberapa lokasi sekitar Ipoh.

Sumber;BH

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*