Remaja Perempuan Maut, Lima Parah Kereta Dilanggar Lori

Remaja Perempuan Maut, Lima Parah Kereta Dilanggar Lori

Seorang remaja perempuan dilapor maut manakala lima lagi tercedera dalam nahas yang membabitkan empat kenderaan di Kilometer 39.7, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar di sini hari ini.

Menurut Kosmo, mangsa yang maut dalam kemalangan tersebut merupakan penumpang kereta Perodua Axia berusia 18 tahun manakala kakaknya yang berusia 20 tahun dan pemandu kereta terbabit dilaporkan cedera.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kereta yang dinaiki dua beradik itu dalam perjalanan dari arah Sungai Siput ke Kuala Kangsar ketika kemalangan tersebut berlaku.

Jelasnya, semasa mereka berhenti di simpang jalan untuk masuk ke kanan, sebuah lori dari arah belakang mereka dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar kereta mangsa.

“Rempuhan itu menyebabkan kereta mangsa masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan kereta Honda City dan Perodua Alza.

“Mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan maut di tempat kejadian manakala kakaknya cedera. Empat penumpang kereta Perodua Alza juga cedera,” memetik laporan Kosmo.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput telah dihantar ke lokasi kejadian susulan menerima maklumat pada pukul 1.53 petang.

Sumber: Kosmo

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*