Kembali bergelar isteri pada usia 71 tahun, lelaki Australia berjaya tawan hati Salamiah Hassan

Kembali bergelar isteri pada usia 71 tahun, lelaki Australia berjaya tawan hati Salamiah Hassan

Salamiah Hassan melangsungkan perkahwinan dengan seorang jejaka Inggeris dikenali sebagia Gerald Hughes. – Foto Instagram @atiliaharon.
PENYANYI Salamiah Hassan kembali bergelar isteri pada usia 71 tahun selepas melangsungkan pernikahan dengan lelaki Inggeris dikenali sebagai Gerald Hughes yang berasal dari Australia.

Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Tasmania, Australia pada pagi Khamis.

Gerald atau mesra disapa Gerry sah bergelar suami kepada penyanyi lagu Gelombang itu dengan sekali lafaz selain memberi mas kahwin sebanyak RM320 kepada Salamiah.

Dalam satu sesi video di laman Instagram miliknya, Salamiah memberitahu dia sudah mengenali Gerry sejak 15 tahun lalu.

Salamiah akan terus menetap di Australia selepas berkahwin.

Penyanyi itu juga dilaporkan akan terus menetap di Australia selepas ini.

Sebelum disatukan sebagai suami-isteri, Gerald terlebih dahulu melafazkan syahadah dan memeluk agama Islam.

Sementara itu, berita gembira tersebut turut dikongsi oleh anaknya, penyanyi Atilia Haron yang menyaksikan majlis pernikahan ibunya secara atas talian.

Atilia menerusi hantaran di Instagram memberitahu dia berasa gembira dan bersyukur apabila ibu tersayang bertemu dengan kebahagiaannya.

Tak sabar untuk memeluk kamu berdua. Kita adalah keluarga sekarang. Alhamdulillah.
ATILIA
PENYANYI
“Kita menerima saudara baru pagi ini, Gerald Hughes, Alhamdulillah dan ibu saya, cinta hati kami bertemu dengan kebahagiaannya.

“Tidak dapat bersama mama tetapi saya sangat gembira dapat menyaksikan menerusi online.

“Tak sabar untuk memeluk kamu berdua. Kita adalah keluarga sekarang. Alhamdulillah,” katanya.

Salamiah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Raja Haron Raja Aziz dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raja Ahmad Shah dan Raja Atilia.

Sumber:mStar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*