Zul Ariffin Tunai Umrah. “Semoga memperoleh umrah yang mabrur”

Zul Ariffin Tunai Umrah. “Semoga memperoleh umrah yang mabrur”

Sekiranya anda mengikuti Instagram Zul Ariffin, pasti ramai tahu pelakon berbadan sasa itu kini berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.

Menerusi perkongsian di media sosial miliknya itu, Zul tidak lokek berkongskan video dan momen ketika berada di hadapan Kaabah.

Zul turut menyertkan kapsyen emoji berbentuk Kaabah, menadah tangan dan simbol hati sebagai tanda kesyukuran dapat menyempurnakan ibadah umrah. Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur pelakon itu dapat mengerjakan ibadah umrah.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan wajah pelakon itu berseri-seri ketika berada di Mekah dan sejuk mata memandang pelakon itu yang dalam pakaian ihram.

Sementara itu, ramai yang mendoakan agar dipermudah urusan Zul disana serta memperoleh umrah yang mabrur.

KOMEN NETIZEN

Difahamkan, Zul berada di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) terlebih dahulu selama beberapa hari sebelum berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah

Sumber: https://www.rotikaya.com/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*