
11 Tuduhan Gangguan Seksual, Ebit Lew Dibicara September Depan
Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah atas 11 tuduhan gangguan seksual, pada 27 September hingga 30 depan.
Memetik laporan SelangorKini, perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan menerusi portal The Merdeka Times.
Pada 18 Februari lalu, Ebit didakwa atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual di Mahkamah Litar Pejabat Daerah Tenom, Sabah.
Bagaimanapun, Ebit mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.
Terdahulu, Ebit berdepan pertuduhan membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsaApp.
- SUMBER
- SelangorKini
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply