Percaya “Natural Beauty”, Peserta Ratu Cantik Bertanding Dengan Wajah Tak Bersolek

Percaya “Natural Beauty”, Peserta Ratu Cantik Bertanding Dengan Wajah Tak Bersolek

Percaya dengan kecantikan semula jadi dari dalam, finalis Miss England mencipta sejarah apabila menjadi ratu cantik pertama yang bertanding tanpa memakai sebarang solekan dalam sejarah pertandingan itu.

Melisa Raouf, seorang pelajar kolej berusia 20 tahun dari selatan London, mara ke separuh akhir pertandingan itu pada Isnin lepas. Pusingan akhir dijangka berlangsung Oktober ini dimana Melisa berpeluang merangkul mahkota kejuaraan Miss England.

“Ia amat bermakna bagi saya kerana saya merasakan ramai gadis daripada pelbagai peringkat usia bersolek hanya kerana berdepan tekanan untuk berbuat sedemikian.

“Jika seseorang itu gembira dengan kulit mereka sendiri, kita tidak seharusnya memaksanya untuk menutup wajah aslinya dengan solekan. Kelemahan kita yang menjadikan siapa kita sebenarnya dan perkara itu menjadikan setiap individu unik,” kata Raouf dalam temu bual dengan akhbar.

Raouf berkata, walaupun dia mula memakai solekan pada usia muda, namun dia memutuskan untuk mengelak tradisi dalam pertandingan itu.

“Saya tidak pernah merasakan saya memenuhi piawaian kecantikan. Saya baru-baru ini menyedari bahawa saya cantik dengan kulit saya sendiri dan itulah sebabnya saya memutuskan untuk bersaing tanpa mekap,” jelasnya dalam temu bual.

Pada bulan Mei, Raouf menyiarkan swafotonya di Instagram dari pusingan “muka tanpa mekap”, menulis bahawa dia “menerima ketidaksempurnaan” itu.

Menurut penganjur Angie Beasley berkata, mereka telah memperkenalkan pusingan Model Top Bare Face pada 2019 kerana kebanyakan peserta menghantar gambar yang disunting dan solekan yang tebal.

“Ini adalah kali pertama saya melihat seorang peserta tanpa solekan bersaing di peringkat separuh akhir dan dia bersemangat untuk bertanding dengan semua peserta lain.

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada Melisa,” kata Beasley.

Sumber: CNN News

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*