
Air mata Chiwan Cilok tumpah terkenang arwah ibu, tiada lagi tempat mengadu
Chiwan menjadikan pesanan arwah ibu sebagai penguat semangat untuk terus berjaya dalam kerjaya.
SETIAP kali bercerita tentang pemergian ibu tersayang yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru Julai lalu, pelawak Chiwan Chilok pasti tidak dapat menahan air mata.
Chiwan atau Mohd Azwan Sabri berkata, dia masih belum dapat melupakan ibunya, Allahyarham Rokiah Salam dan semua pesanannya yang masih tersemat dihati.
Ini termasuklah ingin melihatnya berjaya dalam bidang seni dan merindukan doa daripada arwah setiap kali dia hendak keluar bekerja.
“Ibu beritahu dia ingin lihat saya berjaya dan bertahan lama dalam industri. Meskipun berdepan dengan kesukaran, dia selalu pesan agar jangan mudah mengalah dan berputus asa.
Ibu Chiwan meninggal dunia pada 25 Julai lalu akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.
“Setiap kali saya hendak keluar berkerja, ibu mesti akan doakan saya dan sentiasa pesan agar percaya kepada rezeki Allah dan ikhlas menjalankan amanah diberikan,” katanya kepada mStar.
Bercerita lanjut mengenai kenangan bersama Allahyarham, Chiwan berkata, ibunya adalah pembakar semangatnya ketika dia berasa gundah atau mengalami masalah.
“Pernah dahulu ketika menyertai sebuah pertandingan saya gagal mara ke peringkat akhir dan ibulah tempat saya mengadu.
“Ketika itu saya memang terkilan sangat tetapi ibu selalu ada untuk nasihat dan tenangkan saya dan beritahu Allah akan berikan rezeki kepada saya apabila tiba waktunya.
Meskipun berdepan dengan kesukaran, dia selalu pesan agar jangan mudah mengalah dan berputus asa.
CHIWAN
PELAWAK
“Mungkin bukan rezeki dalam pertandingan itu tetapi Allah berikan rezeki tidak putus-putus dan itu juga satu rahmat buat saya,” katanya.
Sebelum ini, Chiwan pernah muncul juara dalam program Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang.
Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan karier, Chiwan tidak menafikan penyertaan menerusi program Muzikal Lawak Superstar musim ketiga tidak mudah dan ramai peserta hebat.
Chiwan turut bertindak sebagai pengacara Awesome Raja Lawak saluran Awesome TV.
Chiwan bergandingan dengan Zahid dan Man Raja Lawak menerusi kumpulan Ood.
“Dalam pertandingan ini pelbagai perkara boleh berlaku, kadangkala di atas boleh juga tiba-tiba jatuh dan begitu juga sebaliknya.
“Harapannya agar berjaya ke pentas akhir dan selebihnya biarlah takdir yang menentukan. Paling penting kita berikan usaha yang terbaik,” katanya.
Acara tersebut berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan bersiaran di saluran Astro Warna pada setiap Jumaat pukul 9 malam.
Chiwan juga akan muncul sebagai pengacara rancangan Awesome Raja Lawak yang akan mula bersiaran paa 7 September depan pukul 9 malam di Awesome TV.
Sumber: mStar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply