
Salah Derma Lebih RM700,000 Kepada Gereja Terbakar Di Mesir
Pemain sayap kanan Liverpool, Mohamed Salah mendermakan sebanyak RM702,690 kepada sebuah gereja di Mesir yang terbakar hingga mengorbankan 41 nyawa, lapor The Sun UK.
Memetik laporan The Sun UK, gereja Abu Seifein yang terletak di bandar Giza, Mesir itu dilaporkan terbakar pada hari Ahad baru-baru ini.
Salah yang sejurus sahaja mendengar berita itu bertindak pantas menghulurkan bantuan dengan mendermakan sebanyak RM702,690 kepada gereja berkenaan.
Perkara itu disahkan oleh media tempatan mengenai bintang bola sepak Mesir tersebut. Sehubungan itu, tindakan Salah mendapat pujian daripada seluruh rakyat Mesir di platform media sosial.
Difahamkan, bantuan seperti itu bukanlah kali pertama dihulurkan oleh pemain tersebut kepada negaranya.
Terdahulu, pada 2019, dia juga pernah memberikan bantuan bernilai RM13.4 juta kepada Institusi Kanser Kebangsaan Mesir selepas ia dilaporkan terlibat dalam serangan pengganas hingga mengorbankan 20 orang.
Manakala lebih RM2.7 juta pula turut pernah disalurkan untuk peralatan penting kepada sebuah hospital kanser kanak-kanak di tanah airnya itu.
Kemurahan hatinya bukan sahaja dicurahkan dan ‘diiktiraf’ di Mesir, namun dia juga pernah ‘belanja’ minyak kenderaan peminatnya di Liverpool sewaktu pandemik Covid-19 dua tahun lalu.
Menurut The Sunday Times, untuk rekod pada bulan Jun, Salah merupakan orang kelapan paling banyak beramal di United Kingdom.
Berbalik di atas padang, Salah telah menjaringkan gol sewaktu perlawanan pembukaan di Liga Perdana Inggeris sewaktu Liverpool menentang Fulham di Craven Cottage sebelum terikat 2-2.
Dalam perlawanan kedua, Liverpool sekali lagi hampa selepas terikat satu mata dengan Crystal Palace di Anfield.
Sumber: The Sun UK
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply