
Pekerja nafi nasi ayam & itik tak halal, tunjuk proses semua masak sendiri
Sejak kelmarin, kecoh mengenai dakwaan peniaga Islam yang mengambil bekalan nasi ayam dan itik dari restoran bukan halal sebelum dijual semula kepada pelanggan di Sungai Ara, George Town.
Disebabkan ‘nasi sudah menjadi bubur’, pekerja mereka tampil membuat penjelasan berhubung video yang tular memaparkan dua pemuda Islam berada di restoran bukan halal tersebut.
Menerusi satu perkongsian video @matrukun7 di aplikasi TikTok, pekerja wanita menunjukkan proses penyediaan makanan yang dimasak sendiri dan bukan diambil dari restoran bukan halal.
Difahamkan, pekerja memasak di sebuah premis yang beroperasi di Gurney Plaza sebelum membawanya untuk dijual di kedai di Kampung Baru, Sungai Ara.
Sementara itu, rakaman berdurasi enam minit itu turut mendapat penjelasan daripada dua pemuda terbabit yang memaklumkan mengapa mereka berada di restoran bukan halal berkenaan.
“Kami minta maaf kalau menimbulkan was-was, memang salah kami. Nampak kami drop barang kat kedai tu, minta tolong mereka basuh.
“Biasanya kalau makanan tak habis, memang kami bagi kat kedai tu.. owner bagi makan kat anjing macam tu la.
“Dakwaan kami ambil bekalan makanan dari situ, memang tak betul sebab kami dan pekerja lain masak sendiri.
“Dulu kami kerja kilang dengan dia (owner bukan Islam), dia juga jual nasi ayam dan itik. Dari situ kami belajar resipi (cara masing-masing),” katanya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dilihat masih tidak berpuas hati dan meragui penjelasan diberikan pekerja selain kenyataan didakwa seperti berputar belit.
Sempat eh kesana sini
Kalau tak habis, kenapa tak sedekah je?
Kejap basuh perkakas, bagi anjing, tukar duit.. mana satu?
Buat siasatan!
Berdasarkan laporan media sebentar tadi, kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menjalankan siasatan lanjut berhubung isu tersebut.
Sumber: TikTok @matrukun7 , Facebook Muhammad Zuhair Aqil
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply