Israel Mengakui Bunuh 5 Kanak-Kanak Palestin Dalam Serangan Baru-Baru Ini

Israel Mengakui Bunuh 5 Kanak-Kanak Palestin Dalam Serangan Baru-Baru Ini

BAITULMAQDIS, 16 Ogos (Bernama) — Israel mengakui membunuh lima kanak-kanak Palestin dalam satu serbuan udara semasa serangan tiga hari di Semenanjung Gaza baru-baru ini, lapor Agensi Anadolu, memetik laporan media Israel pada Selasa.

Pegawai Kementerian Pertahanan mengesahkan Israel bertanggungjawab dalam insiden itu, yang berlaku pada 7 Ogos di sebuah tanah perkuburan di kawasan Jabaliya, utara Gaza, yang membawa kepada “kematian lima kanak-kanak kecil pada hari terakhir serangan baru-baru ini,” menurut harian Haaretz.

Dakwaan awal telah menyalahkan kumpulan Jihad Islam Palestin atas insiden itu selepas pelancaran roket yang gagal mendarat kembali ke dalam Gaza.

Pesawat perang Israel melancarkan serangan udara terhadap sasaran di Gaza pada 5 Ogos, dengan menyatakan “ancaman serangan yang akan berlaku” oleh kumpulan Jihad Islam berikutan peningkatan ketegangan di seluruh wilayah Palestin.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 49 rakyat Palestin, termasuk 17 kanak-kanak dan empat wanita, terbunuh, manakala lebih 360 yang lain cedera dalam serangan itu.

Sumber: BERNAMA

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*