Diikat pada badan, paramedik bonceng mayat di tengah hutan

Diikat pada badan, paramedik bonceng mayat di tengah hutan

Mayat diikat pada badan untuk dibawa ke hospital berdekatan. 
PASUKAN paramedik terpaksa membawa mayat seorang lelaki ke hospital dengan mengikatnya di belakang badan mereka, sambil menunggang motosikal.

Ini kerana tiada cara lain untuk membawa mayat tersebut keluar dari tengah hutan.

Pekerja kecemasan, Montree Phiewphong dan abangnya Apichart membawa mayat seorang penduduk kampung, Leuang Chodkasem, 73, selepas dia rebah ketika memetik buah-buahan di hutan di Nakhon Ratchasima, Thailand pada 14 Ogos lalu.

Adik beradik tersebut bergilir-gilir mengikat mayat lelaki itu pada belakang badan mereka dan menunggang motosikal, melalui kawasan terpencil di hutan Taman Negara Thap Lan.

Laluan itu tidak boleh diakses oleh trak pikap.

Menerusi satu klip video, menunjukkan mayat tersebut ditutupi dengan kain putih dan diikat pada salah seorang daripada mereka.

Mayat Leuang ditemui pada 14 Ogos. 

Mengulas lanjut, Montree berkata: “Ini adalah satu-satunya cara untuk membawa mayat keluar dari lokasi kejadian.

“Laluan terlalu sempit untuk kereta, jadi kami perlu mengikatnya dengan selamat di belakang motosikal kami,” katanya.

Leuang dilaporkan berjalan jauh ke dalam hutan pada 13 Ogos lalu untuk mencari beberapa buah untuk dituai.

Bagaimanapun menurut anak lelakinya, Leuang tidak pulang ke rumah sejak itu.

Satu operasi mencari Leuang sehingga menemukan lelaki itu sudah tidak bernyawa berada di bawah sebatang pokok pada 14 Ogos.

Pihak berkuasa dipanggil untuk membantu membawa keluar mayat tetapi terbukti sukar kerana lokasi kejadian terletak lebih 30 minit dari rumah terdekat.

Maka Montree dan Apichart terpaksa membawa mayat dengan memboncengnya menggunakan motosikal.

Mayat Leuang dibawa ke Hospital Wang Nam Khiao untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*