Wanita warga emas hilang ditemui lemah

Wanita warga emas hilang ditemui lemah

WANITA warga emas, Painah Siwan, 79, yang dilaporkan hilang di Kampung Parit Sayang, Senggarang, Batu Pahat sejak enam hari lalu ditemui selamat kira-kira jam 12.30 tengahari tadi, namun berada dalam keadaan yang lemah.

Penemuan wanita terbabit dikongsikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dilaman Facebooknya hari ini.

“Alhamdulillah Pn Painah Siwan 79 tahun yang hilang sejak enam hari lalu ditemui masih hidup berdekatan kolam ikan sekitar jam 12.30 tengahari tadi.

“Dia ditemui dalam keadaan lemah,” katanya.

CERITA MISTERI DISEBALIK KEHILANGANNYA

Warga emas, Painah Siwan 79 tahun yang hilang sejak 6 hari lalu ditemui jam 12.30 tengahari tadi.

Hal menjadi lebih misteri apabila di dalam sebuah video, semasa operasi mencari, anaknya telah bertindak cuba menarik sesuatu yang tidak kelihatan sebelum pengsan. Dikatakan, ibunya Painah Siwan , 79 tahun telah ‘terhijab’ dari pandangan manusia.

Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan Ketua Umno Bahagian Batu Pahat turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) semalam.

Mohd Puad mengucapkan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang kampung yang gigih mencari mangsa.

Media sebelum ini melaporkan Painah dilaporkan hilang di Kampung Parit Sayang, sejak Rabu lalu.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*