Guru siram air ke kepala pelajar yang tertidur dalam kelasnya dikecam warganet

Guru siram air ke kepala pelajar yang tertidur dalam kelasnya dikecam warganet

“Niat saya hanya mau memberi pelajaran tegas supaya pelajar itu lebih berdisiplin dan tidak tidur di dalam kelas” – Guru

Tular satu video yang dikongsikan di tiktok @mfirdausby yang memaparkan seorang guru bertindak menyiram air ke atas kepala pelajarnya yang tertidur akibat keletihan.

Difahamkan pelajar yang tertidur itu disebabkan terlalu letih sehingga dia tidak sedar gurunya sudah masuk kelas.

Guru yang menghampiri pelajar dengan air menyiram kepala pelajar perempuan itu hingga basah bukunya di atas meja dan berkata “Kenapa tidur di sekolah? Kalau nak tidur,.tidur di rumah”

Pelajar yang terbangun hanya diam sambil menyapu-nyapu kepalanya yang basah di siram. Lebih menyedihkan lagi, pelajar itu disorak oleh rakan sekelasnya membuatkannya malu sebelum ditegur guru supaya diam.

Guru tersebut mendapat kecaman hebat dalam kalangan warganet apabila video tindakannya tular di media sosial.

Demi kebaikan, pihak sekolah mengambil jalan damai dengan mempertemukan guru itu dengan ibubapa pelajar untuk minta maaf.

Guru meminta maaf kepada ibubapa pelajar perempuan itu dan menyatakan niatnya hanya memberi pelajaran yang tegas supaya pelajar itu lebih berdisiplin di sekolah.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*