Bakal Isteri Meninggal Dunia, Hasrat Kahwin Bulan Depan & ‘Honeymoon’ Di Langkawi Tak Kesampaian

Bakal Isteri Meninggal Dunia, Hasrat Kahwin Bulan Depan & ‘Honeymoon’ Di Langkawi Tak Kesampaian

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah peribahasa yang dapat menggambarkan situasi yang dilalui lelaki ini apabila bakal isterinya telah pergi dijemput Ilahi sebulan sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung.

Bakal isteri dijemput Ilahi

Allahyarham Siti Nabilah Rosidi pernah mengadu sakit pada bahagian tengkuk dan kepala selepas pulang dari kerja Isnin lalu. Dia kemudian tidur sehingga keesokan harinya dan keluarga mula berasa pelik apabila gadis berusia 22 tahun ini masih belum bangun meskipun sudah jam 8 pagi. Mereka kemudian melihat Siti Nabilah berada dalam keadaan kekejangan.

Mangsa kemudian dikejarkan ke dua buah hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia sekitar jam 9:15 malam (9 Ogos). Bapa Siti Nabilah iaitu Rosidi Abdullah akui sangat terkejut apabila dimaklumkan oleh doktor bahawa anak perempuannya itu mengalami masalah dalaman sekian lama.

Dia tak pernah maklumkan kepada kami sekeluarga dan sentiasa ceria. Walau sakit macam mana sekali pun, dia tetap tidak merungut hinggalah semalam selepas badannya kejang baru kami tahu dia sakit.

Kami dimaklumkan seluruh hati, otak dan buah pinggangnya sudah rosak. Sehingga kini, kami tertanya-tanya sakit apa yang dihadapi Siti Nabilah.

Baru bertunang Julai lalu

Sementara di TikTok, tunang Siti Nabilah iaitu Mohammad Amirul Murad meluahkan rasa sedih dengan apa yang terjadi namun dia reda dengan ketentuan Allah SWT. Menurut Amirul, dia tidak sangka bakal isterinya itu telah pergi buat selama-lamanya sebulan sebelum mereka diijabkabul.

Tambahnya lagi, segala persiapan termasuk jemputan tetamu dan perancangan berbulan madu di Langkawi telah dilakukan. Tetapi manusia hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya.

Saya seolah-olah tidak percaya dengan pemergiannya kerana kami baru sahaja bertunang Julai lalu.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat buat Amirul selain mendoakan agar lelaki ini diberi ketabahan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupannya.

Sama – sama kita sedekah Al-fatihah kepada Siti Nabilah semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman.Semoga keluarga dan mohd amirul tabah menghadapi ujian ini.Salam takziah

Sumber: Utusan MalaysiaTikTok Mohdamirul5451

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*