
“Allahyarham Mungkin Masih Hidup Jika Tidak Difitnah Oleh Seorang Bomoh” Ayah Zulfarhan
Umum pasti mengetahui pesalah yang membuli Pegawai Kadet Laut UPNM, Arwah Zulfarhan Osman hingga menyebabkan kema4tiannya sudahpun dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 November lalu.
Hakim, Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman 18 tahun penjara terhadap 6 dari mereka selepas didapati bersalah membunuh dan bersubahat membvunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain tanpa niat sekaligus terlepas dari hukuman gantung.
Dalam masa sama, 6 tertuduh berkenaan turut dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun bersama 12 lagi rakan mereka selepas didapati bersalah kerana mencederakan Allahyarham.
Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun kemudiannya memaklumkan pihaknya akan memfailkan rayuan untuk mengembalikan Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap tertuduh.
Terbaharu, kisah Zulfarhan kembali menjadi topik hangat selepas ayah arwah, Zulkarnain Idros meluahkan perasaannya yang Allahyarham mungkin masih hidup jika tidak difitnah oleh seorang bomoh yang menilik kononnya pemuda itu mencuri komputer riba.
Menerusi laporan FMT, beliau berkata tuduhan yang dilemparkan terhadap arwah sehingga meragut nyawanya adalah tidak berasas dan dilakukan secara rambang.
“Anak saya mangsa fitnah bomoh. Dia (bomoh) tak ada bukti, main serkap jarang, tengok mangkuk ke, ape ke…Tak ada bukti, timbul (nama) anak saya,” katanya kepada FMT.
Isu ini membuktikan terdapat kecenderungan di kalangan orang melayu yang masih mempercayai khidmat bomoh walhal ianya bertentangan dengan ajaran islam.
Sebagai rekod, sewaktu perbicaraan kes Zulfarhan pada 16 Mei 2018, seorang bomoh, Abdullah Md Seh dilaporkan memberitahu mahkamah beliau mendapat ‘petunjuk’ bahawa Zulfarhan telah mencuri komputer riba.
Dia yang juga bapa kepada tertuduh, Muhamad Ashraf Abdullah mendakwa menerima petunjuk melalui gerak hatinya serta melihat nama arwah timbul di pandangan.
kredit buzzkini
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply