Kenali Ustaz Azhar Idrus & Kisah Silam Beliau Sebelum Bergelar Pendakwah Yang Diminati Ramai

Kenali Ustaz Azhar Idrus & Kisah Silam Beliau Sebelum Bergelar Pendakwah Yang Diminati Ramai

Ustaz Azhar Idrus ialah seorang penceramah bebas Malaysia. Beliau terkenal dengan gaya penyampaian dan ceramahnya amat bersahaja, diselit dengan jawapan lµcu tetapi tepat, padat dan mengena serta pekat dengan slanga Terengganu.

Namun tidak ramai yang tahu mengenai kisah sil4m Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar pendakwah bebas.

Kehangatan Faceb00k juga sedikit sebanyak “mempopularkan” Ustaz ini dengan setiap kata-kata nasihat dan penjelasan berkenaan agama darinya dikongsikan secara viral dan tidak pernah putµs. Dulu pernah ada satu rancangan Ustaz Azhar Idrus di Astr0 iaitu Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus. Tapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan rancangan ini telah dihentikan siarannya.

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk membuat rakaman.

Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamoµr. Mungkin ramai yang mengenali Ustaz Azhar Idrus ini, seorang Ustaz yang terkenal buat masa ini terutama di kalangan anak-anak muda.

Setiap kali ceramah atau kuliahnya mesti penuh dengan jemaah yang hadir. Tapi mungkin ramai yang tak tahu bagaimanakah kehidupan Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz, Apakah yang dilakukannya? mari baca sedikit sebanyak kisah Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz yang dipetik dari Faceb00k.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputµsan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika itulah beliau mempelajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.

Tiada alasan baginya hujan dan ribµt. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar di rumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Pµnk” menghil4ng diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkah lakunya.

Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.

Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga. Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog di Malaysia.

BIODATA.

Nama: Azhar Bin Idrus.

Nama popular: Ustaz Azhar Idrus, UAI.

Umur: 58 tahun (2022).

Tarikh Lahir: 12 Februari 1964.

Berasal: Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Hobi: Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi Alam Hidupan.

Pendidikan :

1.Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.

2.Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2)

3.Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6)

4. Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.

5.Beliau telah mendapat pendidikan agama secara talaqqi dengan beberapa orang guru agama di sekitar Kuala Terengganu, Antaranya ialah:

Guru pertama: Tuan Guru Haji Syed Mokhtar – Tamat lebih kurang 40 buah kitab-kitab jawi secara talaqqi.

Guru kedua: Tuan Guru Mohd Tahir – Khatam kitab jawi juga lebih kurang 25 buah.

Guru ketiga: Tuan Guru Mohd Hakim – Mula mendalami kitab-kitab bahasa arab seperti Nahu, Sorof, Usul Fiqh, Mustolah Hadith, Usul Quran dan Balaghoh.

Guru keempat: Tuan Guru Haji Hasyim – Mendalami kitab-kitab arab dalam bab Nahu, Sorof, Fiqah, Tafsir dan Faraidh.

Guru kelima: Tuan Guru Haji Ibrahim Mesir – Mendalami kitab Sirah Nabawi dan Lughah Arabiyah.

Guru keenam: Tuan Guru Haji Muhammad Zubir – Mendalami ilmu fiqh & nahu.

Guru ketujuh: Tuan Guru Haji Mohd Zain (Pondok Lubuk Pandan) – Mengaji ilmu Fiqh, Nahwu, Sorof, Tafsir, & Balahgoh.

Pengalaman :

1. Pernah menjadi seorang guru mµzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau.

2. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.

Sumber:limaumadu dan Wikipedia

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*