“Dah sedia tanggung dosa penonton?” – PU Syed tegur Aliff Syukri

“Dah sedia tanggung dosa penonton?” – PU Syed tegur Aliff Syukri

Menerusi video yang dimuat naik oleh PU Syed di laman Instagramnya, dia memaklumkan paparan muzik video (MV) itu mengandungi unsur-unsur negatif yang tidak sesuai untuk dipamerkan kepada khalayak umum tambahan pula ia bertentangan dengan ajaran islam.

Baru-baru ini, pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU), Syed Mohd Bakri Syed Ishak memberi nasihat serta teguran terbuka kepada usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri untuk membatalkan angan-angannya untuk melancarkan lagu dangdut terbaharu yang berjudul, Baby Sayang.

“Tapi jemput artis yang goyang gerudi dan macam-macam. Saya tak kenal siapa artis tersebut. Cuma saya harap pihak Aliff Syukri tidak menerbitkan lagu ini dan tidak didedahkan kepada masyarakat. Ini bukan sesuatu yang sihat.

Tegasnya lagi, tarian dan aksi yang dilakukan oleh seorang selebriti di dalam muzik video itu dianggap keterlaluan malah, ia turut memberi kesan kepada nama baik keluarga usahawan itu.

“Bayangkan anak kamu melihat wahai Aliff Syukri, isteri kamu yang menutup aurat itu melihat, anak perempuan kamu, anak lelaki kamu dan ibu kamu melihat perbuatan kamu sekarang,” katanya.

Tambah PU Syed lagi, tindakan yang dilakukan oleh Aliff seolah-olah berbangga dengan kemungkaran yang dilakukan semata-mata untuk meraih populariti di mata orang ramai.

Malah, PU Syed berharap Aliff berfikir terlebih dahulu serta meneliti kandungan muzik sebelum menerbitkannya dan ia perlu mengikut syariat islam yang mengandungi unsur keagamaan.

Jelasnya, pangkat besar yang dimiliki oleh usahawan berusia 35 tahun bukan lah tiket untuk membiarkan dia terus terjebak dalam kemaksiatan dan perlu diberi nasihat yang sewajarnya.

Sebelum ini, Aliff menerima kecaman hebat dari orang ramai apabila dia tampil dengan aksi yang mengghairahkan bersama penyanyi kontroversi, Baby Shima demi mempromosikan lagu terbaharunya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Sumber: Instagram @pusyed_official

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*