
Tabung Kilat: Hati Tak Berfungsi, Adik Aydan Rayu Sumbangan RM7,126 Tampung Kos Rawatan
Menghidap Biliary Atresia, iaitu penyakit hati tidak berfungsi sejak lahir, Adik Ahmad Aydan Nuh Bin Ahmad Zuhaidi yang berusia 22 bulan kini memerlukan bantuan tabung kilat.
Anak bongsu daripada tiga beradik itu terpaksa menanggung derita disebabkan penyakit yang dialami. Difahamkan, Aydan sepatutnya perlu menjalani pembedahan pemindahan hati seperti yang dicadangkan oleh pihak perubatan.
Bagaimanapun, ekoran berat badannya yang tidak memenuhi kriteria yang diperlukan menyebabkan dia terpaksa bergantung kepada susu khas. Apa yang lebih menyayat hati, kos asas sahaja mencecah RM1,500 sebulan termasuk barang keperluan seperti susu khas dan lampin.
Tambahan pula, ayahnya hanya bekerja sebagai petani manakala ibunya cuma mengambil upah menjahit. Kisahnya ini dikongsikan oleh pihak Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial-KELSS di laman Facebook mereka. Untuk ketahui lebih lanjut, mari ikuti perkongsian ini.
Tabung Kilat Adik Aydan
Adik Ahmad Aydan Nuh Bin Ahmad Zuhaidi yang berusia 22 bulan ini menghidap Biliary Atresia (penyakit hati tidak berfungsi) sejak dari lahir.
Kesan dari penyakit tersebut, perutnya membesar serta mata dan badan menjadi kekuningan.
Terdahulu kru sukarelawan kami disana melakukan satu lawatan awal pada petang semalam bagi mendapatkan pengesahan dan maklumat lengkap di rumahnya di Kg. Pasir Pekan Hilir, Tumpat, Kelantan.
Anak bongsu dari tiga beradik ini sepatutnya menjalani pembedahan pemindahan hati seperti dicadangkan oleh pihak perubatan, namun berat badan Adik Aydan masih tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki dan disarankan agar adik Aydan diberi minum sejenis susu khas melalui mesin susu sebagai usaha menaikkan berat badan.
Kos keperluan Adik Aydan agak tinggi mencecah hampir RM1,500 sebulan termasuk susu khas,jumlah lampin luar biasa, tiub susu serta beg susu dan dil uar kemampuan bapanya yang hanya seorang petani manakala ibunya pula mengambil upah menjahit.J KM turut membantu melalui elaun bulanan sebanyak RM500 sebulan.
Dengan ini kami melancarkan Tabung Kilat Adik Aydan bagi membantunya dalam bentuk berikut:
1) 6 BULAN bekalan susu khas Peptamen Junior 400g
RM96.50 x 10 tin sebulan x 6 bulan (60 tin)
= RM5,790
2) 3 BULAN bekalan lampin pakai buang ‘Drypers S’
RM28 x 4 beg sebulan x 3 bulan (12 beg)
= RM336
3) BANTUAN kewangan one off untuk kos ulang alik rawatan susulan
RM1,000
Jumlah Sasaran: RM7,126
Segala perkongsian rezeki dari rakyat Malaysia, boleh disalurkan ke akaun rasmi kami seperti dipersetujui ibu bapanya,
CIMB BANK 8602 4983 68
KELAB KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN SOSIAL
Sebarang pertanyaan kepada kami melalui wasap, klik
www.wasap.my/60179404640/Aydan
10 ogos 2022
Sumber: Facebook Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial-KELSS
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply