Saintis Jepun Akhirnya Peluk Islam Hanya Kerana Satu Ayat Al-Quran

Saintis Jepun Akhirnya Peluk Islam Hanya Kerana Satu Ayat Al-Quran – Pilih Islam Sebagai Agama & Cara Hidup

Di sini, kami kongsikan bagaimana saintis Jepun ini akhirnya memilih Islam sebagai agama dan cara hidupnya

Pastinya, kita tidak pernah menyangka hanya kerana satu ayat Al-Quran sahaja ianya boleh memberikan kesan yang mendalam kepada hati yang inginkan kebenaran.

Kita sering mendengar mengenai pernyataan bahawa sains adalah satu-satunya yang diperlukan dalam hidup dan Tuhan serta agama hanyalah sebuah mit0s serta tidak disokong oleh apa-apa bukti.

Dr. Atsushi Kamal Okuda merupakan seorang saintis dan pendidik yang berkhidmat sebagai seorang Profesor Sistem Politik di Universiti Keio, Jepun.

Namun, terdapat ramai saintis, termasuk Dr. Kamal Okuda mempunyai pendapat yang berbeza apabila beliau melepasi garisan hidup tanpa Tuhan kepada kehidupan yang mana beliau tidak boleh hidup tanpa bimbingan Tuhan.

Beliau kemudiannya meniti jalan mula mencari kebenaran, melalui kajian demi kajian akademik dalam tempoh yang agak panjang dengan pelbagai agama.

Sebelum memeluk Islam, Dr. Okuda berkata bahawa hidupnya adalah tidak berm0ral dan kµrang pengetahuan tentang tujuan sebenar kehidupan ini.

Sehinggalah, akhirnya beliau bertemu dengan agama Islam dan memutµskan untuk benar-benar mengkaji tentang agama ini.

Ketika di tahun keenam kolej pengajiannya, Dr. Okuda sangat berminat untuk mendalami mengenai perundangan dalam Islam.

Dan pada satu hari, beliau telah menemui satu kertas penyelidikan di mana matanya tertumpu kepada satu ayat daripada Al-Quran yang akhirnya tanpa didµga telah mengubah hidup beliau selama-lamanya.

Ayat tersebut berkisarkan tentang bagaimana Allah SWT menciptakan manusia daripada pasir, tanah liat dan debu. Salah satu daripada ayat tersebut adalah:

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن صَلْصَالٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya,” (Surah Al-Hjir 15:26).

Dan ketika beliau meneruskan pencariannya mendalami Islam, Dr. Okuda memutµskan untuk berpindah ke Alɛpp0, Syr1a bagi meneruskan pengajiannya dan juga mempelajari bahasa Arab.

Kegembiraan dan kesyukurannya menjadi seorang umat Islam adalah satu rahmat yang tidak terhingga dalam hidupnya kurniaan Allah SWT.
Hari ini, kisah Dr. Okuda menjadi sebuah inspirasi buat semua. Beliau adalah satu contoh bukan sahaja kepada orang Islam Jepun tetapi bagi semua manusia di seluruh dunia tentang apa yang perlu dilakukan selepas mencari kebenaran untuk diri sendiri.

Beliau bekerja keras untuk berkongsi kurniaan Islam terhadapnya bersama-sama dengan orang lain.

Beliau bekerja dengan penuh semangat dalam kalangan rakan dan sahabatnya untuk menyebarkan Islam di Jepun dalam menyelamatkan negara Jepun daripada hidup tanpa bimbingan Allah SWT.

Semoga Allah SWT sentiasa memberkati individu seperti Dr. Kamal Okuda dan semoga beliau dapat pula membimbing lebih ramai lagi masyarakat ke arah agama Islam.

Buat kita yang sememangnya telah dilahirkan sebagai seorang Islam, moga kisah ini dapat dijadikan motivasi untuk berterusan menyampaikan Islam.

Ramai lagi sahabat-sahabat, jiran juga kenalan kita di luar sana yang masih tertunggu-tunggu agama kebenaran ini. Teringat pesan baginda Nabi Muhammad SAW buat kita semua:

Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda:

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

“Sampaikanlah dariku walau hanya sepotong ayat” (HR. Bukhari).

Sumber Hidayah Centre

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*