
Mendaki Gunung Kinabalu tanpa kaki, warga OKU jadi perhatian
KEKURANGAN diri tidak pernah menjadi alasan untuk Azrulkhan Hasrullah untuk berusaha mencapai apa yang dihajatinya.
Adam yang lumpuh kedua belah kaki berjaya sampai ke Sayat-Sayat, kira-kira 3,800 meter dari paras laut.
RAKAMAN VIDEO ADA DIBAWAH SEKALI
Tanggal 29 Januari lalu, penuntut Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berusia 24 tahun ini membuktikan tiada apa yang mustahil, seandainya keinginan disertai dengan usaha dan doa.
Dengan hanya menggunakan kekuatan tangannya sahaja, anak muda yang mesra disapa Adam ini mengensot dan merangkak mendaki puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu.
Biarpun tidak sampai ke puncak, Adam yang lumpuh kedua belah kaki berjaya sampai ke Sayat-Sayat, kira-kira 3,800 meter dari paras laut.
Faktor masa menjadi penghalang untuk dia meneruskan pendakian, selain cuaca yang sejuk.
Dalam muat naik status di Facebook, Adam yang mengalami kecacatan sejak lahir memberitahu biarpun sedikit kecewa kerana tidak sampai ke puncak, namun dia menyifatkan pendakian berkenaan sebagai sangat berbaloi.

Adam sebelum ini pernah menjadi perhatian kerana kejayaannya mendaki Bukit Broga, Bukit Tabur, Bukit Gasing, Bukit Saga dan Bukit Kutu di Selangor.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply