
Bekas KPN akhiri zaman duda, jumpa jodoh dengan pegawai polis
Bekas KPN menikahi seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan pada Sabtu.
BEKAS Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador menamatkan zaman dudanya apabila menikahi seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan.
Difahamkan, Abdul Hamid, 64, berkahwin dengan DSP Fazreena Abdul Karim, yang bertugas di Muzium Polis dalam satu majlis pada Sabtu.
Foto majlis perkahwinan itu turut meraih perhatian ramai di media sosial.
Abdul Hamid dilantik sebagai KPN pada 4 Mei 2019 sebelum bersara tahun lepas, menyerahkan tugasnya kepada Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. – The Star.
Sumber: mStar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply