Demi kelangsungan hidup, pakcik yang Sudah Berusia 78 Tahun duduk menunggu pelanggan dengan menjual sayur kangkung di tepi jalan

Demi kelangsungan hidup, pakcik yang Sudah Berusia 78 Tahun duduk menunggu pelanggan dengan menjual sayur kangkung di tepi jalan

Demi kelangsungan hidup, pakcik tersebut duduk menunggu pelanggan dengan menjual sayur kangkung tepi jalan di sebuah daerah yang terletak di Kota Surakarta, Jawa Tengah.

Usia yang menjangkau 78 tahun sepatutnya perlu berehat menghabiskan sisa hidup di rumah, tetapi lain pula kisah seorang lelaki warga emas yang dipanggil Mbah Dalimin ini.

Aksi jualan Mbah Dalimin dirakam seorang pengguna laman Instagram, Mas Ahmad Thoric yang memuat naik beberapa keping gambar sehingga meraih perhatian warganet Indonesia beberapa masa yang lalu.

Menurut Mas Ahmad, pakcik itu akan mula menjual sekitar jam 6 pagi malah gemar bersembang bersama pelanggan terutama mengenai zaman pemerintahan Jepun dahulu.

Walau bagaimanapun, pemuda berkenaan berkata Mbah Dalimin mengalami masalah pendengaran oleh kerana seiring dengan peningkatan usia dimana setiap pertanyaan perlu ditulis melalui buku.

Rata-rata warganet tersentuh hati melihat gambar tersebut selain mendoakan Mbah Dalimin sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki dalam kehidupan.

Dia menyeru orang ramai yang tinggal di kawasan berhampiran agar dapat membantu Mbah Dalimin dengan membeli jualan sayur sekiranya mempunyai rezeki yang lebih.

Sumber: Mas Ahmad Thoric

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*