
Anak Dijemput Ilahi Hari Pertama Tiba Di Mekah, Ibu Pulang Ke Malaysia Diiringi Tangisan
Dalam satu perkongsian milik pengguna @ellellell7 di laman TikTok, dilihat seorang wanita tidak dapat menyembunyikan kesedihannya dan menangis sambil memeluk erat ahli keluarganya.
Seorang wanita yang baru pulang dari tanah suci Mekah tidak dapat menahan air mata daripada jatuh bercucuran selepas berjumpa keluarga yang sedang menanti.
Anak sempat hantar sebelum pergi Mekah
Menerusi ruangan komen, difahamkan anak bongsu kepada wanita itu telah meninggal dunia pada hari pertama wanita itu tiba di Mekah dan tidak sempat melihat wajah anaknya buat kali terakhir sebelum disemadikan.
Menurut pemilik video, kali terakhir wanita itu bertemu dengan anak bongsunya adalah ketika ahli keluarga mereka menghantar ibunya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ya Allah Ya Rahman Ya Mujib, dikau kurniakanlah kekuatan hati ketenangan jiwa buat kakakku, angkatlah segala kesedihannya dan gantikanlah ia dengan nikmat ganjaran yang lebih mulia.
Kami sayangkan kamu kakak, abah anak-anak dan adik-adik sentiasa bersamamu di sisi, Haiqal ibu dah balik, Al-fatihah.
‘Semoga ibu tabah ya’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat keadaan ibu itu, selain mendoakan agar wanita itu tabah, dan semoga anak bongsunya ditempatkan dalam kalangan yang beriman dan diampunkan segala dosa-dosanya sewaktu masih hidup didunia.
Sumber: TikTok @ellellell7
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply