Serik 3 hari muntah paku, scammer rayu pembeli henti hantar santau

Serik 3 hari muntah paku, scammer rayu pembeli henti hantar santau

Susulan tidak tahan diseksa, ‘scammer’ tersebut merayu kepada mangsa untuk berhenti menghantar santau kepada dirinya setelah tiga hari terseksa muntah darah. Selain merayu, ‘scammer’ tersebut mengatakan dirinya memulangkan semula duit yang ditipu olehnya kepada mangsa.

Kebiasaannya ramai menjadi mangsa tipu daya terutama di kalangan peniaga atas talian. Namun, lain pula jadinya terhadap seorang peniaga ‘scammer’ ini apabila mangsa menghantar santau dan menyiksanya.

“Abang tolong jangan seksa saya, tiga hari saya muntah paku, saya pulangkan duit abang, saya merayu pada abang, saya tak tahan.”rayunya.
Scammer kena santau

Bayar duit semula sebelum aku hantar lagi
Menurut individu yang dipercayai pembeli mengatakan dia berbuat demikian kerana tidak berpuas hati apabila peniaga tersebut menipu dalam urusan jual beli.

Bagaimanapun, peniaga tersebut ‘melesapkan’ duit dan barangan yang dibeli tidak dihantar kepadanya dalam tempoh yang dijanjikan sehingga tekad untuk membalas dengan cara halus.

“Aku cakap aku buat, kau bayar semula duit aku sebelum aku hantar lagi (santau) pada kau, salah orang kau nak scam,” katanya.
Niat tak menghalalkan cara
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di mana ramai tidak bersependapat dengan cara menghantar santau kepada ‘scammer’ kerana niat tidak menghalalkan cara walaupun orang itu benar-benar salah. Mereka berkata demikian kerana perbuatan tersebut adalah syirik dan perlu dihindarkan.

Harap apa yang berlaku ini dapat dijadikan sebagai pengajaran dan tidak menjadi ikutan kerana ia merupakan perbuatan salah di sisi agama.

Sumber: Twitter @alffm_

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*