Dituduh Curi Jam Tangan, Pelajar Berusia 15 Tahun Dikurung Dalam Bilik & Dipukul 3 Guru Sampai Mati

Dituduh Curi Jam Tangan, Pelajar Berusia 15 Tahun Dikurung Dalam Bilik & Dipukul 3 Guru Sampai Mati

Menurut sumber, mangsa ada mengadu kepada ibu, Shabana Begum dan bapanya, Jahangir bahawa telah dipukul di bahagian perut oleh tiga orang guru termasuk pengetua sekolah yang menuduhnya mencuri seutas jam.

Dituduh mencuri seutas jam tangan, seorang pelajar lelaki di India berusia 15 tahun dilaporkan maut selepas dikurung di dalam satu bilik dan dipukul oleh tiga orang guru di sekolahnya.

Dituduh curi seutas jam tangan

Dia dan dua rakannya yang lain telah ditangkap oleh guru. Mereka dituduh mencuri seutas jam tangan. Guru-guru, termasuk pengetua telah memukul mereka. Guru berkenaan kemudian melepaskan dua rakan Dilshan tetapi mereka membawa anak saya masuk ke dalam bilik dan terus memukulnya.

Menurut Jahangir, anak lelakinya itu mengalami sakit berlarutan akibat dipukul dan keadaannya dilihat semakin teruk. Susulan daripada itu, mereka membawa Dilshan ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi malangnya keadaan Dilshan dikatakan merosot dan kritikal sebelum disahkan meninggal dunia. Jahangir akui sangat terkilan dengan tindakan tiga guru berkenaan yang menuduh anak lelakinya itu mencuri seutas jam dan menghukumnya tanpa sebarang bukti.

Hasil laporan bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan ditemui pada mayat mangsa dan punca kematian adalah disebabkan penyakit paru-paru kronik. Tetapi keluarga mangsa seakan tidak berpuas hati dengan keputusan bedah siasat tersebut. Oleh itu, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihak polis akan mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya guru berkenaan terlibat dalam kematian Dilshan.

Sumber: Theprint, NDTV

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*