
Tujuh murid tadika cedera bas terbabas parit
Kemalangan kira-kira pukul 10.15 pagi itu melibatkan 44 penumpang termasuk murid berusia lima dan enam tahun serta guru tadika tersebut.
KUALA SELANGOR – Lawatan sekumpulan murid tadika ke sebuah zoo di daerah ini bertukar menjadi detik cemas apabila tujuh daripada mereka cedera selepas bas dinaiki terbabas ke parit di Jalan Kelab Golf, Bukit Rotan di sini, hari ini.
Keadaan bas yang dinaiki mangsa terbabas ke dalam parit.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, ketika kejadian bas dipandu lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipercayai datang dari Putrajaya menghala ke sebuah zoo di Kampung Teluk Penyamun.
“Setibanya di lokasi, sebuah lori dari arah bertentangan dikatakan memasuki laluan bas tersebut.
“Ia menyebabkan pemandu bas segera menekan brek untuk mengelak lalu terbabas memasuki parit di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi petang tadi.
Jelas beliau, tujuh murid tadika itu mengalami kecederaan di muka manakala pemandunya selamat.
“Semua mangsa cedera akibat tersembam ke kerusi hadapan penumpang bas tersebut.
“Mereka kemudian dihantar ke klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut,” ujarnya.
Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply