Sempat nikah sebelum ibu meninggal dunia, kisah wanita ini undang sebak ramai

Sempat nikah sebelum ibu meninggal dunia, kisah wanita ini undang sebak ramai

Tular di media sosial, seorang wanita yang dipercayai dari Indonesia meraih perhatian netizen apabila dia telah melangsungkan majlis akad nikah sebelum ibu kesayangannya meninggal dunia telah mencetuskan sebak dalam kalangan netizen.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nadiarenaraw di laman TikToknya, dia bersama pasangannya yang hanya memakai kemeja putih telah melangsungkan majlis pernikahan mereka di sebuah hospital di mana ibunya mendapatkan rawatan.

Tanpa memakai baju pernikahan, pasangan tersebut telah selamat diijab kabulkan sebagai suami isteri dengan disaksikan oleh beberapa orang tetamu sebagai saksi momen terindah itu.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 5.2 juta tontonan dan mendapat lebih 600,000 tanda suka daripada warganet sejak semalam dimuat naik di aplikasi tersebut.

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman dan diampunkan segala dosa sewaktu masih hidup

Melihat di ruang komen ,rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar arwah ibu wanita itu ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Netizen menangis!

Bukan itu sahaja, majoriti netizen turut sebak atas pemergian syurga wanita tersebut dan berharap agar hari bahagia mereka akan disaksikan oleh ibu bapa mereka, kelak.

Allah itu adalah sebaik-baik perancang.MasyaAllah!

Sumber: TikTok @nadiarenaraw

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*