Pesawat ringan terhempas, jurulatih penerbangan maut, seorang lagi cedera ringan

Pesawat ringan terhempas, jurulatih penerbangan maut, seorang lagi cedera ringan

Seorang jurulatih penerbangan dilaporkan maut dan seorang lagi mengalami kecederaan ringan apabila terlibat dalam suatu kejadian pesawat ringa terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng, Perak di sini malam ini.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dan memaklumkan mangsa telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Bomba dan Penyelamat Ipoh, Azman Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.10 malam dan sepasukan anggota terus bergegas ke lokasi kejadian.

Maklum Azman Hussin, setibanya di lokasi kejadian, pihaknya mendapati terdapat sebuah kapal terbang bersaiz kecil terhempas dan kerja melakukan operasi menyelamat dilakukan.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati sebuah pesawat ringan terhempas di lokasi dan terdapat dua mangsa.

“Seorang daripada mereka terbunuh manakala seorang lagi cedera,” kata kenyataan pihak bomba.

Pihak berkuasa turut mengesahkan bahawa Fujim Juffa Mohd Mustafa Kamal, 52, pesara leftenan kolonel Tentera Udara Diraja Malaysia dilaporkan maut manakala mangsa yang cedera ialah Muhammad Din Fikri, 62.

Untuk makluman, pesawat tersebut didaftarkan dengan BATS Aviation Sdn Bhd, yang mengendalikan pusat latihan penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Sumber: Malaysiakini (Hariz Mohd), Astro Awani (Abd Razak Mohd Ali, Amirrul Rabbani)

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

1 Comment

  1. Great weblog here! Additionally your website lots uup fast!
    What hst are you the usagee of? Cann I gett yur assolciate link to your host?
    I desire mmy web sire loaded up as faast ass yours lol

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*