Ramai sayu lihat Hidayah ziarah pusara Abam -“Abang, hari ni sayang bawa anak kita”

Ramai sayu lihat Hidayah ziarah pusara Abam -“Abang, hari ni sayang bawa anak kita”

Sudah dua tahun pemergian pelawak terkenal, Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau Abam. Anaknya bersamaisteri tercinta Siti Nurhidayah Mohd Ali iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey sudah pun berusia 3 tahun.

Baru-baru ini, Hidayah telah meluahkan rasa syukur kerana berjaya membeli sebuah kereta jenis Vellfire atas usaha gigihnya berniaga demi keselesaan anak tersayang untuk kemana-mana.

Bawa anak lepas rindu di pusara
Hari ini, balu pelawak tersebut telah berkongsi momen membawa Hamzah ke pusara bapanya di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur.

“Abang hari ni sayangg bawak anak Kita datang jumpa abgg…
“Kepergianmu membuat diriku mengerti bahawa Rindu yang paling menyakitkan adalah rindu orang yang telah Tiada..
Al-fatihah suamiku Tercinta Syed Umar Mokhtar ❤️ kau tetap dihatiku selamanya cinta syurga…” tulis Hidayah

Perkongsian tersebut pastinya membuatkan warganet berasa hiba melihat anak kepada Allahyarham Abam yang kini mulai membesar tanpa kehadirannya di sisi.

Dapat dilihat juga Hidayah mencium batu nisan yang tertera nama arwah suami bagi melepaskan rindu setelah pemergiannya kira-kira dua tahun lalu.

Sedih rasa tengok video ni
Melihat ke ruangan TikTok, ramai yang meninggalkan komen dengan berasa sebak melihat video terbabit. Lebih-lebih lagi apabila sosok wajah Hamzah hampir mirip dengan Abam ketika masih hidup.

Mereka juga akui merindui pelawak tersebut walaupun tidak pernah mengenali allahyarham secara dekat dan amat mengagumi bakatnya yang pernah menghiburkan kita semua suatu masa dahulu.

Kehilangan insan tersayang memang sukar dilupakan

Ramai rindukan arwah Abam

Hamzah macam muka arwah

Sumber: TikTok @hidayah_hamzah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*