
Pemuda Terduduk Menangis Jualan Tak L4ku, Hanya Minum Air Isi Perut Kel4paran
Seorang peniaga di Karawang, Jawa Barat dijumpai sedang menangis gara-gara barang jualannya tidak dibeli pelanggan selain berada dalam keadaan kelaparan.
Bukan mudah untuk mencari sesuap nasi yang halal. Sepenuh tenaga digunakan tanpa mengira panas atau hujan sehingga satu tahap, si pencari rezeki terduduk mengenang nasib dan kep4yahan yang dilalui selama ini.
Beberapa keping gambar pemuda itu dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Eris Riswandi pada Sabtu lalu sehingga menerima 14,000 perkongsian dalam kalangan warganet.
“Tiba tiba ada suara menangis di jalan kecil ternyata seorang peniaga di Karawang yang barang niaganya tidak laku dan beliau kelaparan. Terima kasih yang sudah membantu beliau,” tulisnya. Perniaga tersebut kelihatan memakai jaket berwarna biru tua dan selipar lu suh sambil duduk mencangkung yang bersandar di dinding sebuah lorong.
Pada masa yg sama terdapat dua guni berisi pelbagai jenis makanan ringan yang dibawanya menggunakan sebatang kayu untuk berniaga di kawasan tertentu.
Melalui sekeping gambar menampakkan pemuda berkenaan mengelap peluh di matanya manakala gambar yang lain kelihatan dia meneguk air mineral bagi menghilangkan kehausan.
Apabila meninjau di ruangan komen posting tersebut, rata-rata warganet mendoakan supaya peniaga itu sentiasa dimurahkan rezeki dan berharap agar jualannya semakin laris nanti.Sama-sama kita doakan semoga jualan pemuda ini laris dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat beliau.
Sumber : Facebook via majalah perdana
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply