Berpaut pada batang paip, terpaksa rentas arus deras untuk timba ilmu

Berpaut pada batang paip, terpaksa rentas arus deras untuk timba ilmu

Terpaksa berpaut pada batang paip besi yang licin, merentas deras demi menimba ilmu.
Begitulah gambaran senario yang terpaksa dilalui oleh segelintir murid dari Kampung Mansiang Baru Keningau di Sabah.

Video tular yang dikongsikan menerusi FB milik Siti Hafizah Leezah memaparkan beberapa murid terpaksa berpaut pada batang paip bagi menyeberang sungai untuk ke sekolah. – Sumber foto FB Siti Hafizah Leezah

Difahamkan, menerusi perkongsian di media sosial Facebook milik Siti Hafizah Leezah, situasi terbaharu yang berlaku di Keningau itu sebelum ini pernah mendapat perhatian wakil rakyat di situ.
Pemerhatian Astro AWANI mendapati, ramai netizen menyuarakan kesayuan mereka melihat anak-anak kecil terpaksa bergadai nyawa untuk menimba ilmu.
Keadaan memburuk ketika monsun kerana batang besi jambatan berkenaan menjadi lebih licin, sekali gus meningkatkan lagi risiko nyawa mereka.
“Setiap kali musim hujan, terpaksa mengambil risiko melalui paip itu, biarpun licin.
“Sudah dimohon jambatan gantung, dan wakil rakyat bertanggungjawab sudah memberi janji, jambatan akan dibuat pada April lalu.
“Kami sebagai penduduk, lega dan gembiranya dengan janji itu.
“Tetapi tunggu punya tunggu, sekarang bulan Julai, belum ada tanda-tanda pembinaan.
“Tunggu ada nyawa melayang, mungkin selepas itu, baru akan dibina,” luahnya menerusi perkongsian itu.
Beliau berharap, dengan perkongsian itu dapat mencetus perhatian untuk membina jambatan yang sesuai demi kehidupan masyarakat di sana.Astro AWANI masih mencuba untuk mendapatkan komen Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tulid, Flovia Ng berkenaan perkara ini.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*