
Akibat Kehilang Tempat Tinggal Dan Pekerjaan, Lelaki Nekad Bawa 47 Ekor Kucing Peliharaan Tinggal Bersamanya Dalam Sebuah Kereta
Pada hari Selasa lalu, menurut pihak berkuasa kucing-kucing peliharaannya itu terpaksa diserahkan kepada Persatuan Kemanusiaan Haiwan.
Ketika kejadian itu berlaku, seorang pegawai telah mengambil tindakan untuk mengetuk tingkap kereta lelaki tersebut sambil bertanya khabar mengenai kesihatannya.
Seorang lelaki yang baru sahaja kehilangan tempat tinggalnya dan pekerjaan nekad bawa 47 ekor kucing tinggal bersamanya di dalam sebuah kereta bersamanya.
Difahamkan Kejadian tersebut berlaku di kawasan rehat di tenggara Minnesota yang pada ketika itu suhu disana mencecah lebih 32 darjah celcius.
Kucing-kucing tersebut berjaya diselamatkan dan hasil pemeriksaan mendapati haiwan-haiwan itu berusia dalam lingkungan umur bawah setahun sehingga 12 tahun. Kesemua kucing tersebut juga telah menerima pemeriksaan kesihatan oleh doktor haiwan.
Meskipun, ditinggalkan di dalam kawasan yang tidak bersih, kucing-kucing tersebut rata-rata berada dalam keadaan yang sihat kecuali beberapa ekor yang mengalami masalah dehidrasi.
Setelah diselamatkan, kucing-kucing tersebut akhirnya dapat merasai suasana tempat tinggal yang memiliki ruang peribadi sendiri yang selesa untuk makan, tidur dan bermain.
Dalam pada itu, dia menyedari haba terik di luar bercampur dengan kelembapan yang berkemungkinan akan menyebabkan suhu di dalam kenderaan itu mampu mencecah paras yang amat tinggi dan tidak boleh didiami.
“Malangnya, suhu tinggi yang direkodkan menyebabkan situasi berada di luar keupayaannya. Pemilik kenderaan tersebut membenarkan kami membantunya,” ujar penyiasat Persatuan Kemanusiaan Haiwan, Ashley Pudas.
Mengikut AHS, pemilik tersebut telah tinggal bersama kucing-kucing tersebut dalam satu tempoh jangka masa yang lama.
Sumber: News Yahoo
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply