Gelagat si comel termenung sambil makan kerana fikir masalah ‘tiada duit’ menghiburkan netizen

Gelagat si comel termenung sambil makan kerana fikir masalah ‘tiada duit’ menghiburkan netizen

Apabila meningkat dewasa, macam-macam perkara yang perlu kita fikirkan. Perasaan orang sekeliling, tekanan di tempat kerja, komitmen, ketidakstabilan ekonomi dan pelbagai lagi masalah yang berat.

Tetapi satu video yang tular baru-baru ini memaparkan keletah seorang kanak-kanak yang nampak gayanya tertekan kerana kesempitan wang. Siapa sangka kecil-kecil lagi dah pandai pening fikir tentang duit.

Jika ditanya kepada majoriti orang dewasa tentang apa yang mereka ingin lakukan sekiranya boleh memutarkan masa, pasti ramai yang akan memilih untuk kembali ke zaman kanak-kanak. Masakan tidak, ketika kecil kita hanya tahu untuk bermain dan berseronok tanpa perlu memeningkan kepala memikirkan masalah dunia.

Menerusi video berdurasi 12 saat yang dikongsikan oleh akaun Facebook Sinar, gelagat adik comel ini telah membuatkan orang ramai terhibur melihatnya. Gaya tangan menongkat kepala, dahi berkerut manakala jari-jemarinya pula bermain-main dengan makanan, gelagat adik bernama Hana ini sungguh comel dan melucukan.

Bila ditanya sama ada si comel ini mempunyai sebarang masalah yang hendak dikongsikan, ini adalah jawapan Hana:

“Tiada… tiada duit”.

Sebaik sahaja mendengar keluhan hati Hana tentang kedudukan kewangannya yang ‘membimbangkan’ itu, ramai warganet turut bersimpati dan terhibur mendengar jawapan yang diberikan Hana.

“Berat sungguh masalah sampai termenung sambil makan”.

“Dia punya tiada duit sampai makan pun tak guna sudu”.

“Makcik pun sama tiada duit. Tak dapat makcik nak tolong”.

LIHAT VIDEO DISINI

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*