Wanita Selamat Lahirkan Anak Ketika Nazak Dihempap Lori

Wanita Selamat Lahirkan Anak Ketika Nazak Dihempap Lori

Menerusi laporan Daily Star, kelahiran bayi terbabit dianggap sebagai satu keajaiban selepas dia dikatakan ‘terkeluar’ daripada rahim ibunya ketika kemalangan ngeri itu berlaku.

Meskipun dilahirkan pramatang, namun doktor telah mengesahkan bahawa bayi terbabit berada dalam keadaan sihat dan hanya memerlukan rawatan neonatal.

Pihak polis di Narkhi menyatakan bahawa kemalangan maut itu telah melibatkan seorang wanita berusia 26 tahun yang pada ketika itu sedang menunggang basikal bersama suaminya untuk ke rumah ibu bapanya.

Menurut saksi di tempat kejadian, dia mendakwa bahawa suami mangsa cuba untuk mengelak dari sebuah kereta yang menuju ke arah bertentangan, namun hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah lori yang dipandu laju.

Mangsa kena hempap dengan lori

 

Seorang bayi perempuan dianggap ‘bayi ajaib’ selepas dilahirkan ketika ibunya dihempap sehingga meninggal dunia oleh sebuah lori dalam kemalangan di Uttar Pradesh, India.

Dianggap ‘bayi ajaib’

Lebih pilu lagi apabila mangsa telah dihempap oleh lori berkenaan dan melahirkan bayi ‘ajaib’ ketika sedang nazak di tempat kemalangan.

Dalam pada itu Ketua Jabatan Pediatrik di Kolej Perubatan Firozabad, Dr LK Gupta mengatakan bahawa bayi terbabit tidak berada dalam keadaan bahaya kerana dia dilahirkan pramatang serta kelihatan sedikit kecil.

Tali pusatnya mengalami sedikit masalah dan terdapat kecederaan kecil pada pusatnya disebabkan kemalangan itu. Dia hanya memerlukan rawatan perubatan.

Saya ada tengok foto kemalangan, sebahagian besar badan si ibu telah dihempap. Jadi memang satu keajaiban bila bayi itu selamat.

Sumber : Daily Star

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*