Viral Video Lelaki ‘Makan’ Penampar Bakal Isteri, Cium Dahi Ketika Majlis Bertunang

Viral Video Lelaki ‘Makan’ Penampar Bakal Isteri, Cium Dahi Ketika Majlis Bertunang

Seorang lelaki dilaporkan ditampar bakal isteri sebaik sahaja dia mencium dahi wanita itu di majlis pertunangan mereka yang sedang berlangsung menerusi video yang tular di laman media sosial Indonesia baru-baru ini, lapor Suara.com.

Difahamkan, video yang tular itu dimuat naik menerusi laman Instagram milik @magelang_raya yang memaparkan dua pasangan itu yang sedang menyarungkan cincin di depan semua ahli keluarga dalam sebuah majlis pertunangan.

Berdasarkan video yang dimuat naik itu, lelaki yang segak dengan memakai baju bercorak batik itu secara tiba-tiba memegang kepala wanita tersebut dan terus mencium dahinya di hadapan semua orang yang sedang menyaksikan mereka.

Disebabkan terkejut, wanita itu mengeluarkan tindak balas dengan menampar lelaki tersebut yang juga merupakan bakal suaminya.

Ketika insiden berkenaan berlaku, dapat dilihat kewujudan tetamu-tetamu lain yang berada di sekeliling mereka dipercayai ahli keluarga kepada kedua-dua belah pihak. Tidak dapat dipastikan apakah reaksi mereka selepas itu.

Insiden berkenaan yang dimuat naik di media sosial turut mendapat perhatian netizen yang mengingatkan lelaki berkenaan supaya lebih beradab dan bersabar.

Antaranya mereka menyarankan lelaki berkenaan menunggu sehingga selesai majlis pernikahan sebelum merakam momen sedemikian rupa.

Sumber: Suara.com

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*