‘Lenjan’ kereta sewa & kolam penuh tin arak, warganet cemuh penginap ‘homestay’ ini

‘Lenjan’ kereta sewa & kolam penuh tin arak, warganet cemuh penginap ‘homestay’ ini

Pagi tadi tular di media sosial mengenai kelakuan sekumpulan penyewa sebuah inap desa dan kereta sewa jenis Alphard ‘dilenjan’ oleh mereka sehingga mengundang kemarahan ramai.

Seronok party dalam kolam penuh tin arak
Menerusi video yang dimuatnaik oleh pengguna dikenali Andy Suffean Jr, dilihat beberapa lelaki sedang seronok mandi di dalam sebuah kolam yang dipenuhi dengan tin minuman keras. Bukan itu sahaja, mereka malah membuka lagu dengan kuat seolah-olah sedang berparti.

Kereta sewa Vellfire pun ‘dilenjan’
Pun itu sahaja, aksi mereka menaiki kereta sewa jenis Vellfire turut ‘dilenjan’ sehabis-habisnya termasuklah kelibat seorang lelaki di atas bumbung kenderaan tersebut. Berang dengan perbuatan tak bermoral itu, pemilik kenderaan tersebut meluahkan ketidakpuasan hati apabila kenderaan yang disewa olehnya diperlakukan sedemikian.

“You (Awak) tengok, I call (Saya telefon) you (awak) tak angkat. Dah viral satu Langkawi tau,”marah penyewa kenderaan tersebut.

Difahamkan, individu berkenaan telah dibanned oleh ejen-ejen kereta sewa dan juga inap desa yang terdapat di pusat pelancongan terkenal itu.

Malas nak sebut bangsa sebab ni salah individu. Memang tak patut!
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai mencemuh perbuatan tersebut yang dilihat telah merosakkan harta benda seseorang selain merosakkan nama sesuatu bangsa.

Pun begitu, ramai mengatakan ia adalah salah individu dan bukannya bangsa seseorang.

Untuk makluman, pihak polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai mabuk dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awan di sekitar pulau peranginan itu.

Hal ini dimaklumkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari selepas tularnya video lelaki berkenaan duduk di atas bumbung sebuah kereta pelbagai guna (MPV).

Kes disiasat di bawah Seksyen 21, Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mabuk dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Sumber: Facebook Andy Suffean Jr. via Info Terkini Apa Hari Ini ? (i-TAHI), Astro Awani

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*