“Memang saya sahkan, itu anak saya..” – Ibu reda jasad Iman Aqmar ditemui

“Memang saya sahkan, itu anak saya..” – Ibu reda jasad Iman Aqmar ditemui

Selepas sembilan bulan hilang tanpa jejak, mayat dipercayai jasad Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain ditemukan di dalam kereta yang terjunam ke sebuah sungai di Jalan Nenasi-Pekan, Pekan hari ini.

Menurut laporan Kosmo! Online, ibu mangsa Azmawati Ab. Kadir berkata, penemuan kereta jenis Nissan Grand Livina itu disedari oleh orang awam sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa.

“Saya terima panggilan berhubung kejadian ini pada pagi tadi, sekarang (petang tadi) pasukan penyelamat sedang menarik kereta dan mayat anak saya masih di dalam kenderaan itu.
“Memang saya sahkan, itu anak saya dan nombor kereta sudah nampak dan itu memang kereta anak saya,” katanya menerusi laporan tersebut.

Wanita berusia 54 tahun itu berkata, dia menerima segala ketentuan Ilahi selain lega akhirnya jasad Iman Aqmar yang merupakan anak sulung daripada dua adik-beradik ditemukan setelah lama menanti penuh sabar.

Menerusi beberapa posting tular di media sosial, mayat arwah ditemukan masih berpakaian kerja ‘offshore’ di tempat memandu kereta berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan lelaki berusia 24 tahun (sewaktu kejadian) itu dilaporkan hilang sejak 29 Oktober lalu ketika dalam perjalanan pulang ke tempat kerja di Kemaman, Terengganu.

Berita hebahan
Sumber: Kosmo! Online (Mohd Sharkawi Londing) , Facebook search

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*