TikToker akui rakam wanita dera anak angkat, tak sanggup lihat budak dipukul hari2

TikToker akui rakam wanita dera anak angkat, tak sanggup lihat budak dipukul hari2

Sejak pagi tadi, tular di media sosial berkenaan satu video seorang wanita dikatakan mendera seorang kanak-kanak perempuan dengan batang penyapu.

Dera kanak2 sebab tak nak makan nasi
Perkongsian daripada pengguna TikTok yang dikenali sebagai @meymockingjay pastinya membuatkan banyak pihak naik darah kerana terdengar jeritan dan tangisan kesakitan kanak-kanak berkenaan dipukul hanya disebabkan keengganannya makan.

Video tersebut diperoleh daripada seorang TikToker yang mendakwa merakam video terbabit sebagai bukti bahawa kanak-kanak itu didera saban hari sebelum membuat laporan polis.

Pelaku sudah ditahan

Setakat ini, pasangan suami isteri berusia 28 dan 30-an telah ditahan dan suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak kanak 2001.

Susulan daripada itu, perakam yang juga merupakan TikToker terkenal telah membuat penjelasan mengapa dia dan beberapa orang rakannya berani melaporkan kegiatan jahat pasangan tersebut kepada pihak polis.

LIHAT VIDEO DISINi

Video tersebut diperoleh daripada seorang TikToker yang mendakwa merakam video terbabit sebagai bukti bahawa kanak-kanak itu didera saban hari sebelum membuat laporan polis.

Rakam video sebagai bukti
Menurutnya, dia telah bekerja dengan wanita tersebut yang juga founder untuk satu produk dan berada di rumahnya saban hari. Apa yang membuatkan hatinya tergerak merakam tindakan kejam pasangan suami isteri itu terhadap kanak-kanak berusia 4 tahun tersebut adalah rasa kasihan melihatnya yang dipukul setiap hari.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Alia itu merupakan anak angkat kepada suspek dan tak pernah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara.

Harap ramai sokong #justiceforalia
Oleh sebab itu, Aqil telah mengambil tindakan dengan membuat laporan polis pada malam semalam dan akan terus memperjuangkan nasib Alia untuk proses selanjutnya.

Dia juga akan berkongsi sebarang perkembangan tentang kes tersebut di media sosial untuk makluman umum. Jadi, pemuda terbabit berharap agar orang ramai dapat sama-sama menyokong supaya nasib Alia terbela dan urusan kes ini dipermudahkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AQIEL ✨ (@theaqil7)

Lawan selagi mampu
Susulan daripada itu, ramai yang telah meninggalkan komen dengan menyelar tindakan kejam wanita terbabit apabila meninggalkan pelbagai kecederaan di tubuh seorang anak kecil.

Mereka turut menyokong penuh tindakan Aqil dan rakan-rakan dalam memastikan pelaku dapat hukuman sewajarnya kerana penderaan terhadap kanak-kanak adalah sesuatu yang sangat biadap untuk dilakukan oleh orang dewasa.

Terima kasih sebab tolong budak tu

Good job brother

Tolongla kalau tak nak jaga jangan ambil anak angkat

Semoga dilindungi dan dipermudahkan urusan

Sumber: TikTok @theaqil7, Instagram @theaqil7

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*