Tahniah! Wany Hasrita kini sah bergelar isteri kepada Al-Adib Fahmi

Tahniah! Wany Hasrita kini sah bergelar isteri kepada Al-Adib Fahmi

Penyanyi wanita terkenal, Wany Hasrita, 30 sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Al-Adib Fahmi Harun,30 yang berasal dari Kuching, Sarawak apabila melangsungkan pernikahan malam ini di Damansara Perdana, jam 9.11 malam.

Menerusi laporan dari Harian Metro, pasangan tersebut telah dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Hasbullah bin Haji Hassan dengan dua kali lafaz disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.

Terima mas kahwin sebentuk cincin berlian
Difahamkan, Wany Hasrita atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan serta tidak ada dulang hantaran daripada kedua-dua pihak.

Sudah kenal sejak 2019 lagi
Berkongsi mengenai jejaka yang berjaya menakluk hatinya, Wany memaklumkan yang suaminya itu bekerja dalam industri penerbangan di Kuching, Sarawak dan hubungan mereka mula rapat sejak 2019 lagi.

Penyanyi itu juga memaklumkan telah bertunang pada 26 Februari lalu di sebuah hotel di Sepang, Selangor, yang mana hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat saja.

Majlis pernikahan ini dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media.

Busana kedua mempelai pula mendapat sentuhan pereka Altelia Amani. Majlis kesyukuran bagi meraikan pasangan pengantin baharu ini akan diadakan Ahad ini di Cheras, Kuala Lumpur.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*