Pemuda cerita detik pengsan – “Abah peluk, suruh saya bangun sambil menangis”

Pemuda cerita detik pengsan – “Abah peluk, suruh saya bangun sambil menangis”

Pemuda yang pengsan ketika acara perbarisan pada sebuah program di Maktab Penjara Malaysia, Kajang semalam tampil berkongsi mula momen kejadian tersebut yang tular di media sosial.

Menerusi laporan mStar Online, Nik Mohamad Adhar berkata, dia cuba menahan diri dalam keadaan cuaca panas itu selepas penglihatan bertukar menjadi kabur.

“Saya anggota kadet platun Alpha. Pada waktu majlis itu berlangsung keadaan cuaca memang agak panas.
“Tiba-tiba penglihatan saya jadi kabur dan tak lama lepas tu terus gelap dan hitam. Saya cuba bertahan dan mengawal diri untuk duduk dengan perlahan-lahan. Kemudian saya terus baring.
“Waktu baring tu saya rasa macam terpinga-pinga. Pening kepala, gelap mata dan telinga saya jadi berdengung. Hanya sayup-sayup saja dapat dengar ucapan daripada menteri,” kata pemuda berusia 22 tahun itu.

Bercerita lanjut, anggota polis yang berkhidmat di Tawau, Sabah itu mengakui terdengar suara rakan-rakan perbarisan yang memberi sokongan untuk bangkit ketika dirinya rebah buat kali pertama.

“Mengikut peraturan kawad, anggota skuad tidak boleh membantu rakan yang jatuh. Kali kedua jatuh saya masih tidak lagi berdaya bangun dengan sendiri.
“Setelah lama baring akhirnya abah datang tolong sehingga saya dapat sedarkan diri dan terus berdiri sehingga saya jatuh untuk kali ketiga dan setelah itu saya sudah tiada daya lagi.
“Saya sedar abah datang membantu saya untuk terus berdiri semula. Abah peluk dan cakap suruh saya bangun dan kuatkan semangat sambil menangis.
“Abah bantu dengan memapah saya untuk terus kekal berdiri sampailah saya betul-betul okey,” ujar Nik mengenai bapa saudaranya, Abdul Aziz Ya’acob yang dianggap seperti bapa sendiri.
Nik berkata, dia yang merupakan anak yatim piatu tidak menyangka momen berkenaan menjadi perhatian ramai selain menitipkan pesanan kepada semua agar menghormati ibu bapa.

“Abah seorang yang kelakar tetapi ada masanya dia serius. Saya memang rapat dengan dia dan mak, Rosmawati Ismail walaupun hakikatnya mereka adalah bapa dan ibu saudara.
“Saya ada tengok dekat Facebook. Saya tahu fasal ni pun setelah kawan-kawan kongsikan pasal posting tu dekat WhatsApp.
“Pesanan saya selagi ada insan bergelar ibu dan ayah, sanjunglah, sayangilah, jagalah, kayakanlah, bergaul dan hargailah kerana jika tiada mereka, tiada kita di dunia ni.
“Jika kita derhaka, nescaya nerakalah tempatmu,” kongsinya.

Pada Majlis Perbarisan dan Kawalan Kehormatan Sempena Sambutan Jubli Emas ke-50 dan Tamat Latihan Kursus Asas Sains Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu, lensa kamera merakam kelibat lelaki yang dilihat berlari membantu pemuda terbabit.

Momen itu sekali gus membuatkan ramai warganet tersentuh hati dan sebak dengan menyifatkan ia adalah kasih sayang seorang bapa yang tidak sanggup melihat anaknya gagal sehingga terjatuh.

Sumber: mStar Online (Wais Qorni Azizan) , Facebook Alexander Nanta Linggi , Instagram Nik Mohd Adhar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*