Misteri Kehilangan Terbongkar, Lelaki Dilapor Hilang Empat Hari Ditemui Maut Dalam Perut Buaya

Misteri Kehilangan Terbongkar, Lelaki Dilapor Hilang Empat Hari Ditemui Maut Dalam Perut Buaya

Kalimantan Utara – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh di dalam sungai sejak Khamis lalu ditemukan maut dalam perut buaya di Kampung Tabur Lestari, Nunukan, semalam.

Memetik laporan Kompas TV, jasad lelaki berusia 29 tahun itu ditemukan dalam perut buaya sepanjang lima meter oleh pasukan penyelamat.

Ketua Bahagian Operasi Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) Tarakan, Dede Hariana mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia.

“Pasukan SAR Gabungan telah menemui mangsa dalam keadaan sudah tidak bernyawa di dalam perut buaya pada Isnin,” katanya.

Mangsa pada mulanya disyaki terjatuh dari jambatan Sungai Tabur Lestari dan tiada siapa yang mengetahui bagaimana dia boleh berada di dalam perut binatang itu.

Sementara itu, pasukan SAR juga menjelaskan bahawa mangsa ditemui 500 meter dari lokasi dia terjatuh.

Jenazah mangsa kemudian telah dibawa ke rumah pengebumian.

Terdahulu, mangsa dipercayai telah keluar bersama bapanya sekitar jam 4.00 petang pada Khamis lalu.

Mereka dikatakan pergi memotong rambut dan membeli-belah untuk keperluan dapur, lapor portal Banjar Masin.

“Kira-kira jam 7.40 malam bapa dan mangsa singgah membeli-belah di sebuah kedai.

“Ketika itu mangsa mengucapkan selamat tinggal dan berkata ingin pulang dahulu kerana terdesak untuk membuang air besar,” kata salah seorang ahli keluarga mangsa.

Sumber: Kompas TV, Banjar Masin

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*