
“Wow, Ingat Pakai Audio Arwah P Ramlee”- Suara Lelaki Ini Berjaya Tambat Hati Netizen
Sebelum ini, kita sedia maklum bahawa Fairuz Misran mempunyai keistimewaan dimana wajah serta suaranya sangat mirip dengan seniman agung, Teuku zakaria bin teuku Nyak Puteh @ Ramli bin Puteh atau lebih dikenali sebagai P Ramlee.
Terbaharu, menerusi perkongsian sebuah rakaman pendek oleh @bamlieofficials di laman TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang mendodoikan anak sambil mengalunkan sebuah lagu kacang ketot telah meraih perhatian netizen.
Menariknya, nada serta lenggokkan suara yang dimiliki oleh lelaki yang dikenali sebagai Radhi itu adalah sangat mirip dengan suara Allahyarham P Ramlee.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 1.5 juta tontonan dan mendapat lebih 100,000 tanda suka daripada warganet sejak semalam dimuat naik di aplikasi itu.
Dalam pada itu, kerinduan yang terpendam dalam hati netizen untuk mendengar suara Allahyarham P Ramlee yang sudah lama meninggal dunia akhirnya dapat diubati selepas mendengar alunan suara pemuda itu.
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut memuji keunikkan suara serta bakat yang dimiliki oleh Radhi yang dilihat boleh dikembangkan lagi dalam industri nyanyian.
Malah, netizen turut kagum dengan kelebihan pemuda itu yang mampu memukau perhatian netizen apabila mendengar suara yang sukar ditemui itu.
Sumber: TikTok (Bamlieofficials)
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply