[VIDEO] Beriya Suruh Kakak Berhenti, Remaja Sindrom Down Berlari Alihkan Penyodok Sampah Tengah Jalan

[VIDEO] Beriya Suruh Kakak Berhenti, Remaja Sindrom Down Berlari Alihkan Penyodok Sampah Tengah Jalan

Sebut sahaja mengenai Sindrom Down, sudah pasti ramai dapat mengenali ciri-ciri unik pada kanak-kanak istimewa ini. Namun begitu, kisah seorang remaja kurang upaya (OKU) ini tular di media sosial kerana sikapnya yang mulia.

LIHAT VIDEO DISINI

Suruh kakak berhenti sebab nak ambil penyodok

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Etonbaha di TikTok, berkongsi kisah adiknya, Eri yang memaksanya untuk berhenti di bahu jalan.

Alangkah mulianya hati remaja lelaki itu apabila dia sebenarnya mahu turun daripada kereta semata-mata ingin mengalihkan penyodok sampah yang berada di tengah jalan kerana bimbang ia akan mengganggu pengguna jalan raya.

Alkisah adik aku Eri paksa aku berhenti tepi jalan sebab dia nak alihkan penyodok sampah tu yang mengganggu jalan raya.

Setelah mengambil penyodok berkenaan, dia kemudiannya berlari dan meletakkannya di bahu jalan.

Video berdurasi 19 saat itu meraih lebih satu juta tontonan dan mendapat lebih 152 ribu tanda suka di TikTok.

‘Adik syurga aku’

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*