Rakaman Video Cik Ponti ‘Tumpang’ Duduk Atas Kereta Cetus Misteri, Netizen Cakap Mungkin Penat Terbang

Rakaman Video Cik Ponti ‘Tumpang’ Duduk Atas Kereta Cetus Misteri, Netizen Cakap Mungkin Penat Terbang

Baru-baru ini sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan sosok seperti seorang wanita berambut panjang serta berpakaian putih sedang duduk di atas sebuah kereta yang dipandu laju di atas jalan raya. Seramnya!

Ada lembaga putih atas kereta

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Instagram (IG) dikenali sebagai undercover.id, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di wilayah Sukabumi Geopark, Indonesia.

Namun, apa membuatkan netizen meremang bulu roma apabila mereka melihat ‘sesuatu’ berambut panjang serta berbaju putih di atas kereta tersebut.

Menyangka bahawa ia mungkin penumpang yang berdiri di tingkap pada bahagian bumbung, perakam terbabit kemudiannya bertindak mengekori dengan lebih rapat bagi mendapatkan imej yang lebih jelas.

Walau bagaimanapun, apabila dilihat dari jarak dekat, tiada sebarang tubuh badan manusia sedang berdiri di dalam kereta terbabit.

Seram!
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cuba meneka ‘objek’ yang berada di atas kereta berkenaan. Malah ada juga di antara mereka sempat berseloroh dengan mengatakan sosok berambut panjang itu sudah penat untuk terbang.

Penat terbang jadi dia pilih untuk duduk,” kata pengguna @naomianss.

Kuat juga dia pegang. Belok-belok pun tak jatuh,” kata pengguna @dustie_19.

Nampak macam ada dua orang kat situ,” kata pengguna @panji_mohammed.

Cik Ponti malas nak beli minyak petrol,” kata pengguna @bella.sovhiaa.

Tolong jelaskan kenapa rambut dia tak berkibas padahal kena angin,” kata pengguna @radenadindaaa.

Sumber : Suara.com, undercover.id

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*