Sadis, Rakaman Anjing ‘Ketakutan’ Kena Pukul Guna Mangkuk Besi Berkali-Kali Tular

Sadis, Rakaman Anjing ‘Ketakutan’ Kena Pukul Guna Mangkuk Besi Berkali-Kali Tular

Singapura – Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) sedang menyiasat satu video yang memaparkan seekor anjing didera baru-baru ini, lapor Mothership.

Menurutnya, video yang telah tersebar meluas di media sosial itu berlaku pada 20 Mac 2022.

AVS menambah bahawa akreditasi pengendali anjing tersebut sebagai jurulatih telah digantung semasa siasatan dijalankan.

Individu itu telah digantung daripada senarai jurulatih anjing yang diiktiraf AVS sejak 25 Mac lalu, kata AVS.

Menurut Mothership, kejadian berlaku di sebuah tempat yang dikenali sebagai sekolah latihan dan pusat jagaan harian untuk anjing.

AVS pada Khamis memaklumkan pihaknya tidak boleh menerima sebarang bentuk penganiayaan terhadap haiwan komuniti dan memberi amaran bahawa pesalah kali pertama yang ditangkap mendera haiwan boleh didakwa di bawah Akta Haiwan dan Burung.

Jika didapati bersalah, pesalah boleh didenda sehingga S$15,000 (RM 47,556) atau penjara sehingga 18 bulan, atau kedua-duanya sekali.

Orang awam digesa untuk melaporkan sebarang kes yang disyaki berkaitan dengan keganasan haiwan kepada AVS.

Sementara itu, rakaman yang memaparkan seekor anjing dipukul menggunakan mangkuk logam ketika dikurung dalam kandang telah tular sejak 13 Julai lalu, hampir empat bulan selepas kejadian itu berlaku.

Lelaki di dalam video itu dapat dilihat mengarahkan anjing tersebut untuk duduk dan memarahi anjing berkenaan sebelum memukulnya sebanyak tiga kali dengan mangkuk logam.

Tidak diketahui berkenaan bagaimana rakaman kejadian itu boleh bocor dan disebarkan.

Sumber: Mothership

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*