Isteri Belasah Suami Sampai Mati, Anak 11 Tahun Jadi Saksi

Isteri Belasah Suami Sampai Mati, Anak 11 Tahun Jadi Saksi

Seorang lelaki dilaporkan maut di kediamannya di sebuah flat di Johor Bahru pada hari ini bersamaan 15 Julai 2022.

Dipercayai dipukul isteri

Memetik laporan Kosmo, mangsa yang berusia 44 tahun itu dipercayai dipukul oleh isterinya berusia 35 tahun sehingga meninggal dunia. Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Asisten Komisioner Raub Selamat, pihaknya bergegas ke rumah terbabit selepas menerima panggilan berhubung kejadian. Menurut sumber, mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring manakala kakinya terikat dan terdapat kesan lebam di bahagian sebelah kanan mukanya.

Anak lelaki sulung pasangan itu merupakan saksi kepada kejadian tersebut.

Suspek yang cuba melarikan diri berjaya ditahan pihak polis. Suspek akan dikenakan perintah reman manakala motif dan senjata digunakan suspek masih dalam siasatan polis. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hasil siasatan awal mendapati, pasangan suami isteri itu dipercayai kerap bergaduh dan suspek juga dilaporkan pernah ditahan polis sebelum ini.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*