Dah siap dibina, Nabil Ahmad syukur ada surau impian dalam rumah

Dah siap dibina, Nabil Ahmad syukur ada surau impian dalam rumah

Apa guna rumah sebesar istana, tapi tiada ruang istimewa untuk mengerjakan ibadah Allah? Selain ketenangan, ia juga dapat memberi keselesaan buat seisi keluarga.

Begitu dilakukan oleh pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad yang bersyukur dan gembira apabila impian bagi mempunyai surau di kediamannya berjaya dilaksanakan.

Menerusi satu posting di laman Instagram, pengacara program MeleTOP itu memuji hasil kerja pasukan yang mengendalikan reka bentuk dan dekorasi kraftangan surau tersebut.

“Alhamdulillah settle surau!! Jazakallah kepada team yang merelisasikan impian untuk siapkan surau ni. Memang kemas sangat workmanship!!
“Semoga ALLAH balas jasa baik tuan-tuan dengan kemudahan dunia dan akhirat Amin Amin ya rob!!.” tulis pelawak berusia tahun itu.
Meninjau di ruangan komen, rakan artis Saharul Ridzwan turut berdoa agar dapat membina surau dalam kediamannya satu hari nanti.

Selain itu, rata-rata netizen sejuk hati melihat keindahan ruang solat itu selain berharap mereka juga mempunyai rezeki sama untuk memiliki surau sekali gus dapat menghidupkan amalan di dalam rumah.

Doakan saya juga!

Sejuk hati tengok…

Alhamdulillah… bahagia rasa

Dapat hidupkan amalan dalam rumah

Untuk rekod, Nabil berkahwin dengan Nazirah Ayub dan dikurniakan tiga anak perempuan iaitu Naira Mikayla, 10, Layla Medyna, 7, dan Mishall Imani, 2.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*